JOHOR BAHRU: Program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) yang dilaksanakan di 17 Projek Perumahan Rakyat (PPR) negara, mendapat sambutan baik dengan kadar penerimaan barangan kitar semula semakin meningkat.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ia boleh dilihat menerusi penerimaan barangan kitar semula iaitu sebanyak 15,429 transaksi setakat Ogos lepas, berbanding 9,769 transaksi pada tempoh sama 2022.
"Data kekerapan penerimaan barangan kitar semula daripada penduduk ini telah membuktikan bahawa penduduk di 17 PPR itu telah menyambut baik pelaksanaan KOSIS yang memberi manfaat kepada mereka," katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Beliau berkata berdasarkan rekod, sebanyak 46.6 peratus atau 6,333 unit premis di 17 PPR itu telah berdaftar dengan Pusat KOSIS dari 2020 hingga Ogos lepas.
Justeru, Akmal Nasrullah berkata sambutan baik program di bawah kementerian menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu, perlu terus dipergiat bagi memastikan sasaran hingga 70 peratus premis di 17 PPR menyertai KOSIS tercapai menjelang 2025.
Beliau berkata sasaran itu merupakan antara lima matlamat yang digariskan SWCorp menerusi Inisiatif Komuniti PPR Sifar Sisa Bersamamu MADANI.
Menurutnya, inisiatif itu antara lain menyasarkan kadar kitar semula sebanyak 40 peratus menjelang 2025 dan digitalisasi kitar semula seiring dengan perkembangan pesat teknologi maklumat.
"Selain itu, SWCorp turut menetapkan matlamat untuk meningkatkan pendapatan golongan B40 serta matlamat kesejahteraan dan kemakmuran bersama," katanya.
Terdahulu, Akmal Nasrullah merasmikan program Inisiatif Komuniti PPR Sifar Sisa Bersamamu MADANI (SSBM) yang diadakan di PPR Desa Mutiara di sini semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
Akmal Nasrullah berkata sambutan baik program di bawah kementerian itu perlu terus dipergiat bagi memastikan sasaran hingga 70 peratus premis di 17 PPR menyertai KOSIS tercapai menjelang 2025. - Gambar fail/Astro AWANI
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas. Pihaknya kini merancang untuk memasukkan vaksin itu di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
950 pemohon PPR di Perak berstatus calon simpanan - Exco
Jumlah pemohon PPR di negeri ini yang masih dalam status calon simpanan adalah seramai 950 orang setakat ini.
Jabatan Perumahan disaran tingkat operasi jejak pihak sewakan rumah PPR
Mohd Syahbuddin berkata tindakan keras perlu dikenakan terhadap penyewa berkenaan, termasuk membatalkan kontrak menduduki PPR.
Sikap penyewa antara penyebab isu tunggakan sewa PPR berlarutan
Menurut Masri, kebanyakan penyewa memberi alasan tidak mampu bayar sewa kerana tiada pendapatan tetap meskipun kadarnya hanya RM150 sebulan.
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.
10 negeri tawar tanah untuk pembinaan PPR
Sepuluh negeri telah menawarkan tanah secara percuma atau mengenakan premium nominal kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Lambakan kenderaan, DBKL sediakan 14 parkir bertingkat di PA, PPR
DBKL telah membangunkan fasiliti 14 tempat letak kereta bertingkat di 14 kawasan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
DBKL kunci air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL meneruskan operasi kunci air terhadap penduduk Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membawa sewa.
KOSIS dapat sambutan, kadar penerimaan barangan kitar semula meningkat
Sebanyak 15,429 transaksi barangan kitar semula diterima setakat Ogos lepas, berbanding 9,769 transaksi pada tempoh sama 2022.
KPKT peruntuk RM308 juta untuk tiga PPR baharu di Perak - Nga
KPKT memperuntukkan RM308 juta bagi pembangunan tiga projek PPR baharu di Perak membabitkan 1,200 unit kediaman di tiga kawasan Parlimen.
KPKT minta Kedah, Kelantan segerakan proses hak milik tanah tiga projek PPR
Sehingga kini terdapat tiga projek PPR yang masih tertangguh proses hak milik tanah dan memerlukan kerjasama kedua-dua kerajaan negeri.